awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zambry lakukan lawatan rasmi ke Sri Lanka

Bernama
Bernama
09/10/2023
02:50 MYT
Zambry lakukan lawatan rasmi ke Sri Lanka
Sebagai sebahagian daripada program rasminya di Sri Lanka, Zambry juga akan menghadiri Mesyuarat ke-23 Majlis Menteri-Menteri Persatuan Lingkaran Lautan Hindi pada 11 Okt. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan rasmi ke ibu negara Sri Lanka, Colombo, dari 9-12 Okt ini.
Semasa lawatan itu, Zambry dijadual mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatannya, Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry yang akan memberi peluang terbaik kepada kedua-dua pihak untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin serta meneroka bidang kerjasama baharu yang berkepentingan bersama.
"Zambry juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Sri Lanka, Dinesh Gunawardena, dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe," menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
Menteri Luar juga akan mengadakan sesi libat urus bersama komuniti perniagaan di Sri Lanka untuk meneroka potensi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
Sebagai sebahagian daripada program rasminya di Sri Lanka, Zambry juga akan menghadiri Mesyuarat ke-23 Majlis Menteri-Menteri Persatuan Lingkaran Lautan Hindi (IORA) pada 11 Okt.
"Kehadiran Zambry memberikan dorongan untuk mengukuhkan lagi penglibatan Malaysia di rantau perairan Lautan Hindi dan kawasan sekitarnya," menurut kenyataan itu.
Pada 2022, Sri Lanka merupakan rakan dagangan ke-48 terbesar Malaysia di peringkat global, dengan jumlah dagangan bernilai RM3.78 bilion (US$0.85 bilion), peningkatan 13.2 peratus daripada RM3.34 bilion (US$0.81 bilion) yang dicatatkan pada 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zambry Abdul Kadir
#lawatan rasmi
#Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry
#Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan