awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zamri bersara, Baharuddin pemangku Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman

Bernama
Bernama
22/08/2022
13:52 MYT
Zamri bersara, Baharuddin pemangku Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman
Acryl Sani turut merakamkan penghargaan kepada Zamry sepanjang kepimpinan beliau yang cemerlang dan kesetiaan serta khidmat baktinya dalam PDRM. - Gambar/ PDRM
KUALA LUMPUR: Datuk Baharuddin Ahmad dilantik sebagai pemangku jawatan Pengarah Cawangan Khas berkuat kuasa mulai esok, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Menerusi kenyataan hari ini, Acryl Sani berkata lantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Zamri Yahya yang akan bersara wajib selepas 36 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"PDRM yakin Baharuddin mampu memikul amanah yang diberikan dengan cemerlang berdasarkan pengalamannya yang luas dalam bidang penugasan Cawangan Khas," katanya.
Acryl Sani turut merakamkan penghargaan kepada Zamry sepanjang kepimpinan beliau yang cemerlang dan kesetiaan serta khidmat baktinya dalam PDRM.
Majlis serah tugas yang berlangsung itu antara lain turut menyaksikan penyerahan jawatan Pengerusi Perkep Cawangan Khas Datin Seri Dr Sazilah Tun Ahmad Sarji kepada pemangkunya Datin Hasimah Yon Mohd Isa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baharuddin Ahmad
#Pengarah Cawangan Khas
#Acryl San
#Zamri Yahya bersara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan