awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan PRU13: BN jangan kecewa - Rais

Bernama
Bernama
07/05/2013
23:40 MYT
Keputusan PRU13: BN jangan kecewa - Rais
Penyokong Barisan Nasional (BN) tidak harus kecewa dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan. Pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata BN tidak perlu gusar dengan sentimen yang diwujud pelbagai pihak selepas PRU13. Beliau berkata apa yang penting, BN harus menunaikan janji yang dibuat dalam manifestonya. "Soal angka memang akan sentiasa dimainkan, iaitu 140 kerusi (Parlimen) pada 2008 dan 133 pada 2013... tetapi harus diingat, BN telah dapat menawan Kedah," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiar di saluran Bernama TV malam ini. Rais, yang merupakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sebelum parlimen dibubar, berkata rakyat akan nampak kejujuran kerajaan BN selepas ini dalam tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan. Beliau juga berkata BN tidak sekali-kali tunduk pada usaha pembangkang yang sentiasa cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap kerajaan.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Datuk Seri Dr Rais Yatim
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan