awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA jawab kritikan Kit Siang terhadap Soi Lek

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2013
03:47 MYT
MCA jawab kritikan Kit Siang terhadap Soi Lek
MCA hari ini mempertahankan keputusan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Setiausaha Pengelola Kebangsaan parti itu, Datuk Tee Siew Kiong turut menyanggah kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang yang mendakwa Chua membuat keputusan itu kerana tidak mendapat restu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanding.
“Agaknya Lim(Kit Siang) pada masa lapangnya gemar membuat spekulasi dan mengeluarkan teori mengenai sebarang laporan berita tanpa perlu memikul sebarang tanggungjawab. Ini mungkin helahnya dalam berpolitik,” kata Tee dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tee menambah Chua telah menperjelaskan keputusan untuk tidak mahu bertanding dan MCA menyokong penuh keputusan serta kepimpinan beliau.
Pada Khamis, Datuk Seri Dr Chua mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang tetapi akan tetap menerajui kempen pilihan raya parti itu nanti.
Chua berkata beliau berbuat demikian bagi membolehkan pemimpin baru dan muda untuk menjadi sebahagian daripada proses peremajaan parti itu agar parti terus kekal relevan.
Dalam reaksinya, Lim berkata beliau bersimpati dengan bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Labis itu yang dikatakan menjadi presiden MCA pertama tidak dapat bertanding dalam pilihan raya.
Topic Berkaitan
#Chua Soi Lek
#DAP
#Lim Kit Siang
#MCA
#Najib Razak
#PRU13
#Tee Siew Kiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan