awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR beri masa sehingga esok untuk tarik diri atau dipecat

Hasbullah Awang Chik
Hasbullah Awang Chik
24/04/2013
06:16 MYT
PKR beri masa sehingga esok untuk tarik diri atau dipecat
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan ahlinya yang berhasrat untuk terus bertanding atas tiket bebas pada PIlihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan berdepan tindakan disingkirkan daripada parti itu.
Namun mereka diberi tempoh sehingga lima petang esok (Khamis) bagi mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik pencalonan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pemangku Jawatankuasa Disiplin PKR Zulkefly Omar Said dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya pada Rabu.
"Jika parti tidak menerima sebarang permohonan maaf selepas tempoh itu maka surat penyingkiran akan dikeluarkan," jelas Zulkefly.
Apabila ditanya jumlah sebenar ahli PKR yang akan menarik diri sebagai calon, Zulkefly menyatakan jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan berikutan hari ini dijangkakan masih ada yang ingin mengemukakan surat penarikan diri sebagai calon.
"Ada dua ketua cabang dan yang lain merupakan ahli biasa," jelas Zulkefly.
Sementara itu, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru ahli PKR yang bertanding bebas dalam PRU-13 kali ini agar mengemukakan surat penarikan diri sebagai calon supaya tindakan berkenaan dapat mengukuhkan parti dalam pilihan raya nanti.
Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, seramai 20 ahli PKR telah disahkan akan bertanding menggunakan tiket bebas.
Topic Berkaitan
#Bebas
#disingkirkan
#disiplin
#Ketua Cabang
#Maaf
#PKR
#PRU-13
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan