awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR, PAS capai kesepakatan isu pertindihan kerusi

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
23/04/2013
06:18 MYT
PKR, PAS capai kesepakatan isu pertindihan kerusi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam se-Malaysia (PAS) telah mencapai kata sepakat berhubung isu pertindihan kerusi dalam Pakatan Rakyat (PR) di beberapa kawasan pilihan raya.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata daripada tujuh kerusi yang bertindih, PAS akan mengekalkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera.
"Keadilan akan meletakkan calon di kerusi Parlimen Labuan, dan dua kerusi DUN iaitu Sungai Acheh dan Panti.
"Status kerusi Kota Damansara masih dalam perbincangan kerana ini merupakan kerusi yang diperuntukkan oleh PR," beliau berkata dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Anwar berkata meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan PR untuk menarik semula calon yang telah didaftarkan dan mencetak sama ada logo PKR atau PAS, PKR telah pun menghantar surat penarikan watikah calon.
"Presiden PKR Dr Wan Azizah telah pun menghantar surat penarikan watikah calon PKR yang diberikan kepada PAS.
Anwar turut menolak dakwaan bahawa isu berkenaan timbul berpunca daripada kecelaruan dalam PR.
Topic Berkaitan
#election
#GE-13
#GE13
#pakatan
#PAS
#pilihan raya
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan