awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"2 juta ahli tinggalkan UMNO? Pakailah kalkulator politik" - Ab Rauf bidas Annuar Musa

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/06/2023
04:11 MYT
"2 juta ahli tinggalkan UMNO? Pakailah kalkulator politik" - Ab Rauf bidas Annuar Musa
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sekiranya dua juta ahli UMNO tinggalkan parti, ia bermakna hampir tiga perempat cawangan UMNO seluruh negara telah dibubarkan. - Gambar Astro AWANI
TANJUNG BIDARA: Dakwaan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa kononnya dua juta ahli UMNO sudah ‘angkat kaki’ sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu bersifat dangkal dan tidak masuk akal.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sekiranya angka itu benar, ia bermakna hampir tiga perempat cawangan UMNO seluruh negara telah dibubarkan.
Bagaimanapun, tegas beliau, senario itu jelas tidak berlaku.
“Saya nak ingatkan kakanda saya Tan Sri Annuar Musa, kalau nak buat provokasi sekali pun pakailah kalkulator politik terbaik.
“Pengalaman saya jadi Setiausaha Kerja UMNO, ada 3.3 juta (ahli) dan kalau dua juta keluar saya ingat tiga perempat cawangan-cawangan UMNO dalam negara ini telah pun dibubarkan. (Jadi) kalau nak buat provokasi itu agak-agaklah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Bayaran Bayaran Insentif Sara Hidup One-off Fasa 2 dan 3 kepada 316 nelayan Melaka Barat di Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara pada Isnin.
Hadir sama, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO bahawa parti itu tidak lagi menjadi pilihan sebahagian besar rakyat di negara ini.
Keadaan itu, tegas Annuar, berlaku selepas kononnya lebih dua juta ahlinya meninggalkan parti itu sejak sebelum PRU15 lagi.
Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, provokasi itu jelas tidak berasas.
“Kita baru sahaja lepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan kita lihat sambutan PAU kali ini jauh lebih baik berbanding selepas pilihan raya lepas,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#dua juta ahli UMNO
#tinggalkan parti
#Annuar Musa
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan