awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3.47 juta anggota UMNO mesti bersatu dalam satu saf - Tengku Adnan

Bernama
Bernama
27/11/2014
04:53 MYT
3.47 juta anggota UMNO mesti bersatu dalam satu saf - Tengku Adnan
3.47 juta ahli Umno digesa bersatu dalam satu saf dan terus bertunjangkan pada cogan kata 'Bersatu. Bersetia. Berkhidmat.' -Gambar fail
Umno, yang kini mempunyai 3.47 juta anggota mesti bersatu dalam satu saf dan terus bertunjangkan pada cogan kata 'Bersatu. Bersetia. Berkhidmat' bagi memastikan kelangsungan parti, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Membentangkan Laporan Setiausaha Agung pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, beliau berkata penyatuan itu jika diterjemahkan akan menjadi tonggak kekuatan kepada Umno untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Bukan sahaja dalam perhimpunan ini kita membincangkan hala tuju parti tetapi juga untuk hari-hari seterusnya agar kesinambungan perjuangan yang kita dokong akan terus diwariskan kepada anak cucu kita kelak.
"Marilah kita bersatu, bersetia, berkhidmat dengan azam sepakat untuk kemenangan PRU14," katanya di hadapan 2,752 perwakilan dari seluruh negara.
Perhimpunan tahunan parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin parti komponen dan 117 delegasi parti politik negara luar.
Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata sehingga 26 Nov ini, jumlah keanggotaan Umno ialah 3,477,365 orang dengan bilangan cawangan sebanyak 21,332 di seluruh negara.
Umno Bahagian Silam di Sabah mempunyai bilangan anggota tertinggi iaitu 50,094 orang manakala Kampung Tinusa di Libaran, juga di Sabah, merupakan cawangan paling ramai anggota iaitu 1,795 orang.
Topic Berkaitan
#Tengku Adnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan