awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada khilaf kiraan undi usul Sosma - Speaker

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2022
09:54 MYT
Ada khilaf kiraan undi usul Sosma - Speaker
Azhar Azizan berkata, makluman tersebut diberitahu oleh ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Salim Sharif yang bertindak sebagai penghitung undi. - Gambar JAPEN
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan terdapat kekhilafan dalam pengiraan undi ahli Parlimen ketika usul Subseksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Azhar Azizan berkata, makluman tersebut diberitahu oleh ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Salim Sharif yang bertindak sebagai penghitung undi.
“Yang Berhormat Jempol (Salim) telah memaklumkan berkenaan senarai undi di blok D1 semasa undi belah bahagian bagi usul dari Menteri Dalam Negeri yang dijalankan pada Rabu, 23 Mac 2022.
“Beliau yang merupakan penghitung undi bagi blok D1 memaklumkan telah terkhilaf menandakan Yang Berhormat Besut (Datuk Seri Idris Jusoh) tidak hadir dalam senarai undi walaupun sebenarnya Yang Berhormat Besut hadir semasa undian.
“Oleh itu, saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 100 untuk meminda keputusan belah bahagian bagi usul dari Menteri Dalam Negeri tersebut daripada 84 bersetuju kepada 85 bersetuju dan tidak hadir dipinda dari 50 kepada 49 sahaja, manakala 86 tidak bersetuju tetap sama,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Ekoran permaklumkan Azhar Azizan, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) bangun menyatakan cadangan tambah baik bagi sistem undian di Dewan Rakyat.
“Ini kali kedua dalam Parlimen kita lihat kekhilafan berlaku, sebelum ini saya pernah tegur.
“Saya rasa mungkin sekiranya Tan Sri (Azhar Azizan) boleh mempertimbangkan satu transformasi atau reformasi cara kita membuang undi ditambah baik kerana sekarang masih manual.
“Kita dengar ada ahli Parlimen yang tiada (dalam Dewan Rakyat) tetapi hampir ditandakan ada, kecuali ada pemerhati. Mungkin kita kena kaji apa yang boleh dilakukan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Idris Jusoh
#Azhar Azizan Harun
#SOSMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan