awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Konflik Asia Barat: Ketua Liga Arab kecam serangan Israel ke atas Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adenan Satem menghadap TYT Sarawak, adakan sidang media petang ini

Noor Aida Abdul Kassim
Noor Aida Abdul Kassim
31/03/2016
03:39 MYT
Adenan Satem menghadap TYT Sarawak, adakan sidang media petang ini
Adenan meluangkan masa kira kira 1 jam 15 minit berjumpa dengan Abdul Taib sebelum meninggalkan kediaman berkenaan pada jam 11 pagi. - Foto Astro AWANI
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Jalan Demak di sini pagi tadi.
Beliau tiba kira-kira jam 9.45 pagi.
Kunjungan itu adalah rutin biasa bagi seorang Ketua Menteri untuk menghadap TYT sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri pada hari ini juga.
Adenan meluangkan masa kira kira 1 jam 15 minit berjumpa dengan Abdul Taib sebelum meninggalkan kediaman berkenaan pada jam 11 pagi.
Beliau sempat berhenti di hadapan pihak media untuk memberitahu bahawa beliau akan mengadakan satu sidang media di pejabat di Bangunan Wisma Bapa Malaysia pada jam 2 petang ini.
Spekulasi sidang media berkenaan terus menjadi teka teki di kalangan pihak media bila terdapat juga desas desus mengatakan yang perjumpaan pagi ini dan sidang media pada sebelah petang nanti adalah bagi tujuan untuk mendapatkan perkenan TYT bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri ke -11 diadakan.
Penggal DUN Sarawak sekarang sepatutnya berakhir pada 30 Jun ini.
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem
#Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak
#PilihanRayaSarawak
#Tun Abdul Taib Mahmud
#Yang Dipertua Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan