awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agihan kerusi DUN PH di N.Sembilan belum muktamad

Bernama
Bernama
10/01/2018
21:42 MYT
Agihan kerusi DUN PH di N.Sembilan belum muktamad
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara yang dijangka menghadiri Konvensyen PH di Hotel City Kingdom di Seremban. - Gambar hiasan
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata agihan kerusi yang akan tandingi pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih belum dimuktamadkan memandangkan terdapat beberapa kerusi yang belum mencapai kata putus.
Beliau berkata, bagaimanapun, perbincangan mengenainya kini di peringkat akhir dan dijangka akan diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi PH untuk diluluskan, hujung bulan ini.
"Kalau selesai awal,kita akan umumkan pada Konvensyen Pakatan Harapan kali kedua di sini pada 28 Jan ini. Bagaimanapun, soal calon belum dibincangkan," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Konvensyen PH di Hotel City Kingdom di sini dijangka dihadiri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ditanya sama ada pakatan itu turut membincangkan soal calon menteri besar sekiranya menang pada PRU14, Aminuddin, yang juga Pengerusi PKR negeri dan juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, berkata perkara itu tidak dibincangkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agihan kerusi
#Aminuddin Harun
#calon
#Konvensyen Pakatan Harapan
#Menteri Besar
#Negeri Sembilan
#Pakatan Harapan
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan