awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli DAP tanding atas tiket bebas automatik dipecat daripada parti - Loke

Bernama
Bernama
28/07/2023
14:01 MYT
Ahli DAP tanding atas tiket bebas automatik dipecat daripada parti - Loke
Loke berkata mereka yang menyerahkan surat keluar parti berhak bertanding atas mana-mana tiket parti atau bebas dalam mana-mana pilihan raya.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan mana-mana ahli parti itu yang bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini secara automatik akan dipecat keahlian mereka.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan dua anggota parti iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M. Satees dan Ketua Cawangan DAP Kampung Jawa Autocity, David Marshel mengumumkan keluar parti dan bertanding sebagai calon bebas.
Satees dilaporkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam manakala David mengumumkan akan bertanding kerusi DUN Prai.
Kedua-dua mereka memaklumkan sudah menyerahkan surat keluar parti kepada Setiausaha Agung DAP.
Loke berkata mereka yang menyerahkan surat keluar parti berhak bertanding atas mana-mana tiket parti atau bebas dalam mana-mana pilihan raya.
PRN melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan manakala Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak pada 12 Ogos ini dengan hari penamaan calon esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#calon Bebas
#PRN
#keahlian dipecat
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan