awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ahli parti bebas datang dan pergi' - Komen Masidi tentang tindakan Mohamaddin

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2022
06:11 MYT
'Ahli parti bebas datang dan pergi' - Komen Masidi tentang tindakan Mohamaddin
Masidi (gambar) berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi yang bertindak keluar daripada Parti Bersatu.
KUALA LUMPUR: "Ahli bebas datang dan pergi (masuk dan keluar),".
Itu jawapan ringkas Timbalan Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah itu juga enggan mengulas lanjut mengenai tindakan Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi yang bertindak keluar parti itu sekali gus menjadi ahli Parlimen bebas.
"Tiada apa yang mahu diulas panjang (mengenai tindakan itu). Parti politik adalah sebuah pertubuhan sukarela," katanya.
Mohamaddin yang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama memaklumkan perkara itu dalam sidang media di Kota Kinabalu pada Selasa.
BACA: Mohamaddin Ketapi tinggalkan Warisan, jadi wakil rakyat bebas mesra kerajaan
BACA: Mohamaddin Ketapi sah jadi ahli Bersatu
Beliau yang juga bekas pemimpin Warisan itu menjelaskan keputusan tersebut dibuat kerana beliau tidak diberikan peranan seperti yang dijanjikan untuk memperkukuhkan parti berkenaan sebelum ini.
BACA: Mohamaddin Ketapi umum keluar Bersatu
Katanya, beliau telah dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, namun selepas lebih enam bulan, tiada sebarang peranan yang diberikan.
Terdahulu, Mohammadin pada Oktober tahun lalu mengumumkan keluar Parti Warisan sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada bulan November tahun sama.
Politik | Mohamaddin Ketapi umum keluar Bersatu
Topic Berkaitan
#Mohamaddin Ketapi
#Mohamaddin tinggalkan Bersatu
#Bersatu Sabah
#Politik Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan