awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Pas bertanding atas tiket PH? Hadi enggan ulas

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
24/03/2018
00:19 MYT
Ahli Pas bertanding atas tiket PH? Hadi enggan ulas
Terbaharu khabar angin bertiup kencang berhubung dakwaan ahli Pas yang bakal bertanding atas tiket Pakatan Harapan pada PRU ke-14. - Gambar fail
Isu pancing memancing calon semakin panas menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Terbaharu khabar angin bertiup kencang berhubung dakwaan ahli Pas yang bakal bertanding atas tiket Pakatan Harapan pada PRU ke-14 di Terengganu.
Namun desas-desus tentang dakwaan berkenaan masih belum terjawab ekoran Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengulas ketika ditanya pemberita semalam.
Beliau sebaliknya meminta soalan itu diajukan kepada Pengerusi Parti Amanah Negara, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
"Tanya orang Kuala Terengganu," jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita selepas ceramah Perdana HARAP di sini pada Jumaat malam.
Sebelum ini Ketua Pemuda Umno Terengganu, Johari Abu Bakar mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang berusaha menarik ahli parti berkenaan dengan menawarkan tempat sebagai calon pada PRU ke-14.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pas hanya akan menamakan calon bagi PRU ke-14 selepas parlimen dibubarkan.
Ketika ditemui pemberita pada majlis sama, naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan senarai calon masih belum dimuktamadkan setakat ini.
Menurutnya lagi pihaknya juga sedang menilai strategi Barisan Nasional (BN).
"Biasanya seperti amalan sebelum ini, kita hanya umum selepas bubar dewan."
"Kami pun tidak tahu apa strategi BN. Setakat ini, tiada sebarang perbincangan tentang tarikh untuk pengisytiharan calon," katanya.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Barisan Nasional
#Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
#Datuk Seri Abdul Hadi Awang
#hadi
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#PAS
#Pilihan Raya Umum PRU ke-14
#PRU14
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan