awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli PKR terhiris hati dengan pimpinan tertinggi - Saifuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
26/11/2023
11:15 MYT
Ahli PKR terhiris hati dengan pimpinan tertinggi - Saifuddin
Saifuddin Nasution dalam masa sama turut menyelar tindakan segelintir pihak yang mendakwa penyokong PKR tidak akan masuk syurga. - Gambar/ Sinar Harian
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui ada ahli akar umbi yang terhiris hati dengan tindakan pimpinan tertinggi kerana jarang turun padang menemui rakyat.
Menurutnya, pimpinan mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan akan segera mengubahnya.
"Ada yang memaklumkan supaya pimpinan tertinggi menjenguk ahli parti di bawah.
"Lepas ini kita ubah kerana ternyata ia telah menghiris hati ahli di bawah," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Ahad.
Saifuddin Nasution dalam masa sama turut menyelar tindakan segelintir pihak yang mendakwa penyokong PKR tidak akan masuk syurga.
Katanya, kenyataan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja boleh merosakkan hubungan sesama rakyat, malah boleh mewujudkan persepsi negatif.
Sementara itu, beliau turut menggesa ahli parti supaya melawan sebarang fitnah yang dilemparkan pihak lawan dengan berhujah.
"Kita kena lawan setiap kata-kata tidak betul mereka (lawan) dengan cara hujah yang betul," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kongres PKR
#Saifuddin Nasution
#turun padang
#ahli kecewa dengan pemimpin PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan