awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akhirnya Dyana akui ibu pernah bantu PERKASA

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2014
12:05 MYT
Akhirnya Dyana akui ibu pernah bantu PERKASA
Calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud
Calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, akhirnya mengaku ibunya, Yammy Samat pernah terlibat dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA).
Dyana Sofya juga mengakui pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan PERKASA pada 2008.
Sebelum ini, bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menafikan cakap-cakap mengenai perkara itu.
"Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota PERKASA ketika itu, dan saya pula masih belajar," katanya pada sidang akhbar di Teluk Intan hari ini.
Beliau berkata pada masa itu, ibunya meminta beliau membantunya mengendalikan pendaftaran keanggotaan PERKASA.
"Ya, ketika itu beliau terlibat dengan PERKASA tetapi selepas beberapa bulan beliau meninggalkan pertubuhan itu kerana tidak lagi percaya dengan PERKASA," jelasnya.
Dyana Sofya berkata demikian apabila diminta mengulas penyebaran gambarnya membantu Yammy pada majlis pelancaran laman web PERKASA dan kempen keanggotaan pertubuhan itu pada tahun 2008.
Menyentuh kedudukan ibunya sebagai anggota jawatankuasa pertubuhan itu, beliau berkata status ibunya itu hanya sebagai jawatankuasa penaja memandangkan ibunya meninggalkan pertubuhan itu sebelum mesyuarat agung pertamanya.
"Saya tidak pasti sama ada beliau merupakan anggota berdaftar PERKASA sebelum AGM itu...ibu saya seorang anggota UMNO, saya bukan. Beliau mungkin terlibat dengan PERKASA, saya tidak. Mungkin ini tidak harus jadi isu," katanya.
Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan bahawa Dyana Sofya menafikan yang ibunya pernah menyertai PERKASA, malah mendakwa ibunya tidak menyertai mesyuarat pertama pertubuhan itu.
Sementara itu akhbar hari ini melaporkan bahawa Ketua Wanita UMNO Gopeng Datuk Hamidah Osman mendedahkan Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan PERKASA apabila dilantik sebagai Ketua Wiranitanya yang pertama.
Hamidah berkata maklumat itu diperoleh daripada Setiausaha PERKASA, Syed Hassan Syed Ali yang mengatakan Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan itu sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Mac 2010 sebelum meletakkan jawatan.
Hamidah mendakwa sehingga kini juga tiada rekod yang menunjukkan Yammy menarik diri daripada menjadi anggota PERKASA.
Topic Berkaitan
#DAP
#Dyana Sofya Mohd Daud
#PERKASA
#Yammy Samat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan