awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta baharu diperlukan untuk elak universiti jadi 'kambing hitam'

Wafa Aula
Wafa Aula
28/06/2018
09:18 MYT
Akta baharu diperlukan untuk elak universiti jadi 'kambing hitam'
AUKU hanya membentuk 'culture of fear' apabila autonomi universiti dinafikan dan dikawal oleh pihak yang berkepentingan. -Foto Astro AWANI
Kerajaan didesak untuk mewujudkan akta baharu bagi melindungi autonomi universiti sekiranya Akta Universiti dan Kolej (AUKU) 1971 dimansuhkan.
Aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM), Anis Syafiqah Md Yusof berkata, ia sekali gus akan memelihara hak penuntut dan pentadbiran universiti sendiri.
"AUKU hanya membentuk culture of fear apabila autonomi universiti dinafikan dan dikawal oleh pihak yang berkepentingan.
"Kerajaan perlu mengambil perhatian mewujudkan akta baharu yang dapat membentuk budaya dan sistem yang tidak menindas hak warga universiti," katanya semasa sidang media selepas pelancaran laporan kajian 'No Politics on Campus" di Ampang, hari ini.
Kajian yang dibuat bersama badan bukan kerajaan, Fourtify Rights itu dibuat selepas beberapa kritikan terhadap kepincangan AUKU sebagai mewujudkan budaya menakut-nakutkan mahasiswa selain mengekang kebebasan mereka untuk bersuara.
Laporan 63 muka surat itu mendedahkan beberapa kes mahasiswa yang dihukum oleh pihak pentadbiran universiti kerana mempersoal atau mengkritik isu yang membabitkan pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Sementara itu, penyelidik laporan berkenaan, Henry Koh memberitahu, beberapa bukti ditemui menunjukkan penglibatan pihak polis selain bekas Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi yang berhubung dengan pihak universiti untuk mengambil tindakan terhadap mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan awam.
Kerajaan didesak untuk mewujudkan akta baharu bagi melindungi autonomi universiti sekiranya Akta Universiti dan Kolej (AUKU) 1971 dimansuhkan.  Aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM), Anis Syafiqah Md Yusof berkata, ia sekali gus akan memelihara hak penuntut dan pentadbiran universiti sendiri.
Surat yang dikeluarkan pihak tertentu mengarahkan pihak universiti mengenakan tindakan kepada mahasiswa yang bersuara mengkritik kerajaan. -Foto Astro AWANI
"Kami juga dapati ada surat yang meminta tindakan diambil kepada mahasiswa yang menyertai aktiviti politik di luar kampus.
"Perkara itu bertentangan dengan AUKU yang membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan sebarang aktiviti politik di luar kampus," ujarnya.
Henry turut menegaskan, kebebasan bersuara dalam kalangan mahasiswa akan menggalakkan cara berfikir lebih kritikal selain menunjukkan semangat demokrasi.
BACA: PH perlu segera mansuh AUKU 1971 - Wakil pelajar
Topic Berkaitan
#Akta Universiti dan Kolej
#Anis Syafiqah Md Yusof
#AUKU
#Fourtify Rights
#kebebasan bersuara
#suara mahasiswa
#UM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan