awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota UMNO akar umbi perlu fokus kukuhkan parti hadapi PRU14

Bernama
Bernama
22/03/2016
04:36 MYT
Anggota UMNO akar umbi perlu fokus kukuhkan parti hadapi PRU14
Menteri Pendidikan merangkap Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah) melaungkan kata-kata keramat 'Hidup UMNO' selepas melafazkan ikrar taat setia kepada PM yang juga Presiden UMNO. - Gambar Bernama
Anggota dan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi perlu memberi fokus kepada pengukuhan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata mereka perlu memberi keutamaan kepada parti dan bukannya kepada individu tertentu yang mempunyai agenda peribadi.
Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata kepimpinan di peringkat akar umbi juga perlu mengatur pelbagai program pengukuhan bagi menyatupadukan anggotanya dan memberi sokongan padu kepada parti.
"Saya yakin 21,300 cawangan UMNO di seluruh negeri memberi sokongan kepada Presiden parti yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi menjadikan parti lebih kuat.
"Segelintir ahli dan kepimpinan UMNO yang teragak-agak (dengan kepimpinan sedia ada) agar kembali menyokong parti," katanya mengulas mengenai surat terbuka oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada ketua cawangan UMNO baru-baru ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung UMNO Cawangan-cawangan Bahagian Padang Terap di sini, malam tadi.
Mahdzir yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata walaupun Dr Mahathir berasal dari Kedah, seluruh anggota UMNO tetap menyokong kepimpinan Najib.
"Yang penting solidariti UMNO kepada Najib dan kita menolak Deklarasi Mahathir bersama parti DAP. UMNO Kedah hanya sokong parti dan kepimpinan Najib," katanya.
Mahdzir yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap bersama kepimpinan UMNOBahagian, Pemuda, Puteri dan Wanita serta jawatankuasa UMNO Cawangan turut melafazkan ikrar taat setia dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada presiden parti.
Dalam ikrar tersebut, lebih 200 anggota dan kepimpinan akar umbi turut menolak sekeras-kerasnya Deklarasi Mahathir yang disertai DAP, Parti Amanah Negara dan PKR pada 4 Mac lepas.
Mereka juga mahu MT UMNO memecat anggota UMNO yang terlibat dalam deklarasi tersebut dengan segera dan turut berikrar untuk berkerja keras bagi memastikan UMNO menang pada PRU14.
Topic Berkaitan
#Mahdzir Khalid
#Najib Razak
#solidariti
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan