awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota UMNO perlu pertahan pemimpin daripada serangan pembangkang

Bernama
Bernama
21/08/2015
08:58 MYT
Anggota UMNO perlu pertahan pemimpin daripada serangan pembangkang
ISMAIL SABRI: Cabaran yang dihadapi UMNO hari ini cukup getir kerana bukan sahaja menerima tentangan dari luar malah juga dalam parti sendiri walaupun parkara itu bukan sesuatu yang baharu kepada UMNO.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata serangan politik ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) hari ini perlu ditangkis oleh semua anggota UMNO di setiap peringkat.
Beliau berkata cabaran yang dihadapi UMNO hari ini cukup getir kerana bukan sahaja menerima tentangan dari luar malah juga dalam parti sendiri walaupun parkara itu bukan sesuatu yang baharu kepada UMNO.
"UMNO hari ini hadapi ujian amat getir sekali, apa yang berlaku hari ini, bukan sahaja pembangkang, ahli sendiri ada krisis kepimpinan, meragui apa yang berlaku dalam UMNO.
"Kita menyerang sesama sendiri, serang pemimpin, soal presiden, tiada yang bercakap soal pembangkang, musuh UMNO adalah pembangkang," katanya ketika berucap pada majis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut hari ini.
Menurutnya ketika ini pembangkang juga lemah dan menghadapi pelbagai krisis dan ia adalah peluang terbaik bagi UMNO memperkuatkan lagi parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata serangan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu dana RM2.6 bilion sengaja dibangkitkan pembangkang dan media asing yang mempunyai agenda untuk melemahkan pemimpin negara.
Katanya anggota UMNO tidak seharusnya berasa lemah dan terancam dengan asakan isu tersebut sebaliknya perlu memberi keyakinan dan kepercayaan penuh kepada Najib untuk kekal menerajui negara ini.
"Ini semua cerita karut untuk burukkan Perdana Menteri,...hal ini masih dalam siasatan audit, PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) diwujudkan untuk siasat bukan daripada BN sahaja malah ada...pembangkang dalam PAC," katanya.
Menurutnya persetujuan Perdana Menteri terhadap penubuhan PAC membuktikan beliau telus dalam siasatan isu 1MDB.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Ismail Sabri
#majlis tertinggi
#Najib Razak
#tangkis
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan