awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar kekal Penasihat Ekonomi negeri Selangor - Azmin

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2015
01:15 MYT
Anwar kekal Penasihat Ekonomi negeri Selangor - Azmin
Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal memegang jawatan Penasihat Ekonomi bagi negeri Selangor kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. - Gambar Fail
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal memegang jawatan Penasihat Ekonomi bagi negeri Selangor kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.
Azmin juga berkata tiada sebarang keperluan untuk membuat sebarang pelantikan baru bagi jawatan itu buat masa ini.
Meskipun Anwar kini dipenjara, kata Azmin ia bukan halangan buat Anwar untuk menyumbang pendapat kepada pembangunan ekonomi negeri.
“Kalau pun dia dalam penjara apakah saya tidak boleh dapatkan nasihat beliau dengan penulisan dan rujukan, penulisan serta kertas kerja dibentangkan Anwar seluruh dunia.
“Saya masih boleh rujuk ideanya, beliau masih penasihat ekonomi,” kata Azmin di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Selasa.
Azmin menjawab pertanyaan ahli dewan yang mahu mengetahui status Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri.
Ketokohan dan pengalaman Anwar menurut Azmin lagi tidak perlu dipertikai kerana pernah diiktiraf di peringkat dunia.
“Euro Money mengiktiraf beliau sebagai salah seorang Menteri Kewangan terbaik selepas pelantikannya manakala pada 1996 dia diiktiraf sebagai “Finance Minister of the Year’.
“Beliau juga pernah menjadi pengerusi Bank Dunia bagi jawatankuasa pembangunan melibatkan negara maju serta negara sedang membangun,” kata Azmin lagi.
Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar setelah mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan