awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar sebak tonton petikan filem "Anwar: The Untold Story"

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/03/2023
06:00 MYT
Anwar sebak tonton petikan filem "Anwar: The Untold Story"
Anwar membisikkan sesuatu kepada Anthony Loke ketika tayangan petikan daripada filem "Anwar: The Untold Story" dipertontonkan pada Kongres Nasional Khas PKR 2023. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilihat tidak dapat menahan sebak ketika petikan filem "Anwar: The Untold Story" dipertontonkan pada Kongres Nasional Khas PKR 2023, di sini.
Beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan tidak mampu menahan sedih apabila babak-babak episod duka membabitkan Presiden PKR itu ditayangkan dalam treler filem tersebut.
Suasana di pentas turut hiba apabila Ketua Angkatan Wanita PKR, Fadhlina Sidek kelihatan mengesat air matanya.
Filem "Anwar: The Untold Story" mengisahkan perjalanan politik Anwar memerangi rasuah dalam negara, akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada Mei depan.
Filem itu mengisahkan cabaran dihadapi Anwar dalam menangani isu rasuah di negara ini bermula dari tahun 1993 hingga 1998 iaitu ketika dilantik sebagai Menteri Kewangan sehingga dipecat dan dipenjarakan.
Diolah daripada kisah benar, jalan ceritanya adalah mengenai ketegasan Anwar, kini Perdana Menteri, yang konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai daripada pihak tertentu.
Filem terbitan produksi Bianglala Entertainment itu menampilkan Farid Kamil yang menjadi teraju utama serta dibarisi pelakon hebat lain termasuk Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Hasnul Rahmat yang menggalas watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Anwar The Untold Story
#Kongres Nasional Khas PKR 2023
#menahan sebak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan