awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin mahu teliti perjanjian konsesi air Selangor

Nabihah Hamid
Nabihah Hamid
23/09/2014
10:09 MYT
Azmin mahu teliti perjanjian konsesi air Selangor
Azmin akan berjumpa dengan semua ketua jabaatan berkaitan untuk taklimat terperinci bagi melihat semua perjanjian konsesi air Selangor. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memohon masa untuk beliau meneliti semula perjanjian yang telah diputuskan semasa di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Antara perjanjian itu termasuk perjanjian Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan mengenai konsesi air negeri Selangor.
"Saya akan berjumpa dengan semua ketua jabatan berkaitan yang diketuai Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk taklimat terperinci untuk melihat semua perjanjian termasuk perjanjian konsesi air dan beri saya peluang untuk melihat maklumat yang dimuktamadkan," kata Azmin ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.40 pagi ini.
Azmin, bagaimanapun berkata beliau tidak akan mendedahkan butiran mana perjanjian.
Abdul Khalid sebelum ini telah menandatangani perjanjian induk pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bersama Kerajaan Persekutuan tanpa membincangkannya dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#Azmin Ali
#konsesi air
#Menteri Besar Selangor
#Selangor
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan