awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia

Bernama
Bernama
23/12/2025
09:31 MYT
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
SI Rajah meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Kuala Lumpur pada usia 86 tahun. - Foto Facebook PPP Perak
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) S.I. Rajah meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Kuala Lumpur malam tadi pada usia 86 tahun.

Ringkasan AI
  • Bekas Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) S.I. Rajah meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Kuala Lumpur pada usia 86 tahun.
  • Presiden PPP, Datuk Dr Loga Bala Mohan, mengesahkan pemergian Rajah sebagai kehilangan besar kepada parti dengan menyifatkannya sebagai pemimpin yang komited dan berkhidmat dengan dedikasi.
  • Rajah, yang merupakan presiden PPP dari 1978 hingga 1982, dikenali sebagai tokoh yang berpengaruh dalam parti serta memberi sumbangan dalam membentuk landskap politik negara.

Perkara itu disahkan Presiden PPP Datuk Dr Loga Bala Mohan yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai kehilangan besar kepada parti.
Beliau berkata mendiang merupakan pemimpin yang dihormati dan memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan serta pertumbuhan PPP semasa melalui tempoh mencabar dalam sejarahnya.
"Mendiang seorang yang komited dan berkhidmat kepada parti dengan dedikasi serta menjunjung prinsip penubuhannya, iaitu pelbagai kaum dan berkhidmat untuk rakyat," katanya kepada Bernama hari ini.
Loga Bala berkata kepimpinan dan bimbingan mendiang membantu parti melalui peralihan utama dan cabaran dalaman yang meninggalkan legasi kepada pemimpin serta ahli parti.
S.I. Rajah, seorang peguam terkemuka merupakan presiden PPP dari 1978 hingga 1982 dan kekal berpengaruh walaupun selepas berundur daripada kepimpinan aktif parti.
Pengebumian berlangsung di Krematorium Loke Yew pada 3 petang selepas upacara sembahyang mengikut agama Hindu di Puchong, Selangor.
Sementara itu, Naib Presiden MIC Datuk T. Murugiah yang turut memberi penghormatan terakhir kepada mendiang berkata S. I. Rajah merupakan tokoh penting dalam membentuk PPP hari ini.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Bekas Presiden Parti Progresif Penduduk
#S I Rajah
#meninggal dunia
#PPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan