awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu belum putuskan senarai calon PRU15 - Hamzah

Bernama
Bernama
18/05/2022
11:56 MYT
Bersatu belum putuskan senarai calon PRU15 - Hamzah
Belum ada persetujuan daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mengenai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
PUTRAJAYA: Belum ada persetujuan daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mengenai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
"Sebenarnya tidak ada lagi persetujuan di peringkat MPT dan saya tidak mahu membangkitkan isu ini buat masa sekarang sehingga suatu perbincangan semula dibuat," katanya.
Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Bersatu Terengganu meletakkan 10 calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen pada PRU akan datang.
"Ini perkara biasa. Memang kadang-kadang ada orang yang mendahului parti dalam membuat keputusan," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitiri Kementerian Dalam Negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.
Terdahulu, Bersatu Terengganu mengumumkan untuk meletakkan calonnya di 10 kerusi DUN yang kini dikuasai Barisan Nasional (BN) pada PRU15 dan dua kerusi Parlimen iaitu di Besut dan Hulu Terengganu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Calon PRU15
#pilihan raya umum
#Hamzah Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan