awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu tidak bergolak - Mas Ermieyati

Sinar Harian
Sinar Harian
01/07/2023
07:57 MYT
Bersatu tidak bergolak - Mas Ermieyati
Mas Ermieyati berkata, sesetengah pihak luar yang sengaja mencetuskan kekecohan mengenai perkara tersebut dilihat sebagai satu tindakan tidak matang. - Gambar fail
SHAH ALAM : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bergolak meskipun terdapat laporan pemecatan tiga pemimpin jawatankuasa penaja sayap parti itu.
Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sesetengah pihak luar yang sengaja mencetuskan kekecohan mengenai perkara tersebut dilihat sebagai satu tindakan tidak matang.
“Saya yakin dan percaya tindakan pucuk pimpinan tertinggi adalah untuk membantu memantapkan lagi struktur organisasi dan pentadbiran.
“Kita menghormati keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi dan ia bukan bertujuan merosakkan struktur pentadbiran parti, tetapi untuk memantapkan lagi pimpinan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Portal media tempatan sebelum ini melaporkan, Bersatu sedang ‘bergolak’ susulan pemecatan tiga pemimpin daripada Jawatankuasa Penaja Sayap Bersekutu Bersatu yang diwakili ahli bukan bumiputera.
Beberapa pertikaikan telah dikemukakan dalam isu pemecatan tersebut termasuk mendakwa ia tidak mengikut perlembagaan parti dan tidak mendapat ‘restu’ Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pada itu, menurut Mas Ermieyati, insiden berkenaan dijangka akan berlaku lebih-lebih lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal berlangsung kelak.
“Sebelum ini ada pihak yang cuba buat pergeseran antara Presiden dengan Setiausaha Agung, tetapi selepas diperiksa tidak ada apa-apa berlaku.
“Kita tahu PRN semakin panas dan mereka ingin menutup kelemahan dengan mencetuskan pergolakkan yang kita telah jangka akan berlaku,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bersatu
#pemecatan pemimpin
#Pergolakan
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan