awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN perlu segera atur strategi tawan Kelantan - Tengku Razaleigh

Bernama
Bernama
30/04/2017
23:14 MYT
BN perlu segera atur strategi tawan Kelantan - Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh berpendapat BN mempunyai peluang paling cerah untuk menamatkan penguasaan 27 tahun kerajaan PAS Kelantan pada PRU-14 akan datang. -Gambar fail
Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata Barisan Nasional (BN) perlu segera mengatur strategi bagi memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bekas Menteri Kewangan itu berpendapat BN mempunyai peluang paling cerah untuk menamatkan penguasaan 27 tahun kerajaan PAS Kelantan pada PRU-14 akan datang.
"BN mampu kembali mentadbir kerajaan negeri ini, tetapi perlu mengatur strategi mulai sekarang. Strategi yang diatur akan membolehkan BN merampas semula pemerintahan kerajaan daripada PAS yang dipegang sejak 1990," katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.
Pada PRU13, PAS memenangi 32 kerusi DUN, BN 12 manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang satu kerusi DUN.
Veteran UMNO itu berkata keyakinan BN menawan semula negeri itu berdasarkan keinginan rakyat Kelantan yang mahukan pembaharuan selepas melihat kelemahan PAS mentadbir negeri ini dan gagal membawa sebarang perubahan sepanjang memerintah.
Dalam pada itu, beliau turut menyokong tindakan masyarakat Orang Asli di jajahan Gua Musang mempertahankan tanah yang mereka usahakan daripada diceroboh pihak luar.
"Kita faham kerajaan negeri bergantung kepada hasil balak tetapi perlu menjaga hak kaum berkenaan ke atas tanah mereka, " katanya.
Dilapor, terdapat kemelut di Gua Musang yang melibatkan masyarakat Orang Asli yang mendakwa mereka semakin terancam akibat aktiviti pembalakan sehingga mendirikan halangan di laluan masuk ke kawasan Hutan Simpan Kekal Balah, sejak September tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Gua Musang
#PRU14
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan