awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bossku' popular kerana angin perubahan seperti kembali kepada BN - Najib

Umar Sadique
Umar Sadique
01/06/2022
07:55 MYT
'Bossku' popular kerana angin perubahan seperti kembali kepada BN - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak beranggapan populariti imej Bossku yang beliau bawa adalah kerana rakyat dilihat kembali menyokong Barisan Nasional. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beranggapan populariti imej ‘Bossku’ yang beliau bawa adalah kerana rakyat dilihat kembali menyokong Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Pekan yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu berkata, walaupun pandangan itu bersifat anecdotal, namun, beliau sendiri optimis angin perubahan itu sudah kembali berpihak kepada parti tersebut.
Tambahnya lagi, kesediaan rakyat untuk kembali menyokong BN bukanlah sesuatu yang boleh dipergunakan, tanpa disusuli dengan usaha untuk mengembalikan imej bahawa parti itu adalah pilihan terbaik untuk mentadbir negara.
“Kalau tidak Bossku tak laku di grassroot? Kenapa disambut Bossku? Disambut Bossku kerana disambut Barisan Nasional. Saya nak keluar rumah pun rasa berat. Masa saya turun dekat mall tak ada orang nak ambil gambar.
“Tambah lagi, orang Cina dari jauh dia tengok hujung mata dekat saya, tapi Alhamdulilah mutakhir ini, saya takut turun ke pusat membeli-belah sebab saya tak dapat buat urusan saya. Sebab orang bersusun-susun nak ambil gambar,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Konvensyen BN 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Najib berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, agar anggota dan pimpinan kanan parti tidak dibuai dengan kemenangan dalam siri pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri sebelum ini.
“Saya setuju dengan Tok Mat (Mohamad), jangan kita dibuai dengan kemenangan pilihan raya kecil. Saya teringat dulu sewaktu PRU-14 oh kita syok, pilihan raya kecil majoriti kita menang, kita menang di Teluk Intan, menang di Sungai Besar, menang di Kuala Kangsar… oh sedap kita.
“Akhirnya pilihan raya (umum) kita kalah. Tapi itu pengalaman kita, kita belajar dari segi pengalaman. Insya-Allah, kita tidak akan mengulangi kesilapan kita pada kali ini,” tegasnya lagi.
Najib berkata, jika BN mahu kembali memenangi pilihan raya umum yang akan datang, ada dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu persediaan dan jangan sesekali memandang rendah kepada musuh politik mereka.
“Jangan kita pandang enteng pada parti yang mencabar kita. Kalau kita merasakan bahawa kita tak kebal, tidak ada kekebalan dalam politik dan kita buat strategi yang kena. Saya optimis Insya-Allah BN akan menang,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Konvensyen BN
#Najib Tun Razak
#PRU15
#bossku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan