awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bubarkan sahaja Pakatan Harapan jika tiada semangat setiakawan - Pemuda Keadilan Sabah

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2020
08:03 MYT
Bubarkan sahaja Pakatan Harapan jika tiada semangat setiakawan - Pemuda Keadilan Sabah
Razeef berkata, jika semangat setiakawan dalam PH itu sudah hilang apa yang boleh dilakukan adalah dengan membubarkan sahaja pakatan tersebut.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat terdesak untuk berkuasa semula hingga sanggup membelakangkan Pakatan Harapan (PH) apabila meminta Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dan memberi laluan kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri.
Justeru, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin berkata, jika semangat setiakawan dalam PH itu sudah hilang apa yang boleh dilakukan adalah dengan membubarkan sahaja pakatan tersebut.
"Bagi saya jika beliau (Lim Guan Eng) sudah tiada semangat setiakawan dalam Pakatan, bubarkan sahaja PH kerana saya melihat tindakan mereka sebelum ini pun seolah-olah membelakangi PH.
"Di peringkat awal telah dipersetujui dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri dan jika tidak mendapat majoriti maka fokus berikutnya adalah mengukuhkan Pakatan bagi mengambil semula mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.
Jika sebelum ini kita bersetuju Shafie Apdal sebagai calon Ketua Menteri Sabah, mengapa Lim Guan Eng perlu mengeruhkan keadaan dengan mencadangkan Mohd Shafie sebagai calon Perdana Menteri?," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan itu dilaporkan berkata, Anwar adalah pilihan pertamanya tetapi Presiden PKR itu harus memberi jalan kepada Mohd Shafie jika mendapat lebih banyak sokongan.
Selain itu, Razeef berpandangan, Guan Eng sepatutnya memberikan fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berbanding menyentuh soal calon perdana menteri.
"Sekali lagi saya mengingatkan pemimpin PH agar fokus kepada PRN Sabah dan bukan membangkitkan isu yang boleh menyebabkan pertelingkahan sesama sendiri," katanya.
Topic Berkaitan
#AMK
#Angkatan Muda Keadilan Sabah
#calon perdana menteri
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
#Keadilan
#Lim Guan Eng
#Parti Keadilan Rakyat
#PRN Sabah
#Razeef Rakimin
#Sabah Memilih
#setiakawan
#Setiausaha Agung DAP
#Warisan Plus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan