awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon speaker DUN Kedah dikenal pasti - Mukhriz

Bernama
Bernama
15/06/2018
09:15 MYT
Calon speaker DUN Kedah dikenal pasti - Mukhriz
Mukhriz Mahathir berkata calon Speaker and Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sudah dikenal pasti. -Gambar fail
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata calon Speaker and Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sudah dikenal pasti.
Beliau berkata isu pelantikan speaker DUN sudah selesai dan sidang DUN Kedah akan diadakan pada 4 Julai ini.
"Setakat ini, tiada sebarang masalah dengan pemilihan speaker.
"Calon Speaker adalah dari PKR manakala Timbalan Speaker pula dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.
Berhubung situasi politik di Kedah, Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kedah berkata ia 'terkawal, aman damai seperti biasa'.
Beliau juga menafikan Kedah akan mengadakan semula piliha raya negeri di negeri itu.
"Tiada mana-mana parti mahu mengadakan pilihan raya negeri. Semua dah penat dari pilihan raya yang lalu," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilapor menjangkakan berlaku pilihan raya negeri di Kedah berikutan isu pelantikan speaker DUN.
Adalah dilaporkan bahawa kos pilihan raya negeri di Kedah yang mempunyai 36 kerusi DUN dianggarkan RM18 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#pemilihan speaker
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan