awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/02/2023
07:12 MYT
Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'. - Gambar fail
IPOH: Semua pihak perlu memberi peluang kepada Nurul Izzah Anwar membuktikan kemampuannya selepas dilantik menjadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.
Tambahan pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjelaskan sendiri bahawa anaknya "mempunyai dua ijazah".
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang sangat hebat.
"Semua perkara yang rakyat hendak, semuanya akan selesai kerana tak mungkin seorang yang dilantik menjadi Perdana Menteri, melantik anaknya sendiri kalau anaknya itu tidak mempunyai capability yang 'teramat' hebat.
"Kalau dia dah lantik tu, maknanya tentu beliau ni… kita kena bagi peluang untuk beliau menasihati Perdana Menteri dan Menteri Kewangan agar selesai semua masalah kita," ujar Ahmad Faizal.
Beliau ditemui dalam majlis kenduri kesyukuran Perikatan Nasional (PN) Tambun dan Pusat Khidmat Rakyat DUN Manjoi di Ipoh, pada Ahad.
Dengan nada menyindir, Ahmad Faizal berkata, rakyat mungkin perlu menunggu dalam masa dua minggu atau sebulan lagi, untuk melihat semua masalah rakyat seperti kos sara hidup dan harga minyak selesai.
Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan itu tidak dibayar elaun.
Menurutnya, pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah pelawaan daripada pihaknya bagi membantu beliau di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah Anwar
#penasihat kanan
#Ahmad Faizal Azumu
#Anwar Ibrahim
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan