awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumen Langkah Kajang yang tersebar adalah palsu - PKR

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2014
05:18 MYT
Dokumen Langkah Kajang yang tersebar adalah palsu - PKR
Dokumen Langkah Kajang yang tersebar adalah palsu
PKR mengecam tindakan pihak-pihak tertentu yang menyebarkan dokumen palsu yang dikaitkan dengan Langkah Kajang.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata usaha sebaran fitnah itu membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang.
"Musuh-musuh politik PKR enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh Fahmi Fadzil:
Saya mendapat beberapa panggilan dan notifikasi pagi ini berkaitan satu dokumen kononnya ditulis oleh sdr Rafizi Ramli, pengarah strategi KEADILAN, berkaitan "Kajang Move/Langkah Kajang".
Saya mengesahkan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan fitnah.
Malah, sesiapa sahaja boleh membaca laman blog sdr Rafizi sekitar waktu "Langkah Kajang" dimulakan dan akan mengesahkan bahawa beliau sendiri merujuk kepada strategi ini dengan nama "Serampang Kajang": http://rafiziramli.com/2014/01/serampang-kajang-selangkah-ke-putrajaya/
KEADILAN mengecam tindakan sebaran maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab oleh musuh-musuh politik kami. Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang, dan musuh-musuh politik KEADILAN enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno.
Fahmi Fadzil Pengarah Komunikasi KEADILAN
Topic Berkaitan
#langkah Kajang
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan