awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Johor angkat sumpah Sabtu ini - MB

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2022
02:20 MYT
Exco Johor angkat sumpah Sabtu ini - MB
Onn Hafiz memaklumkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah memperkenankan majlis angkat sumpah Exco diadakan pada Sabtu ini di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene. - Foto Facebook/Onn Hafiz
KUALA LUMPUR: Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor dijangka berlangsung Sabtu ini selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, senarai barisan Exco terlibat sudah dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim pada pagi Khamis.
"Sultan Ibrahim memperkenankan majlis angkat sumpah Exco diadakan pada Sabtu ini di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene.
"Menjunjung kasih Tuanku," katanya di laman Facebooknya pagi Khamis.
Pada 15 Mac lalu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di hadapan Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene.
Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Johor
#Sultan Ibrahim
#onn hafiz ghazi
#Majlis Angkat Sumpah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan