awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPS perlu kekal bebas demi kebebasan politik Sarawak - James Masing

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2020
10:03 MYT
GPS perlu kekal bebas demi kebebasan politik Sarawak - James Masing
Lebih baik jika GPS bersifat mesra PN dan bukannya sebahagian daripada gabungan tersebut. FOTO: Bernama
Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu kekal bebas daripada menyertai gabungan Pakatan Nasional (PN).
Memetik laporan The Borneo Post, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Jemut Masing berkata demikian sebagai menjawab tentang desas-desus GPS akan sertai gabungan tersebut.
James yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, lebih baik jika GPS bersifat mesra PN dan bukannya sebahagian daripada gabungan itu.
“Dengan cara ini kita mengekalkan kebebasan politik kita, kita mahukan kerajaan negara yang stabil, politik yang tidak stabil adalah tidak baik kepada semua,” katanya menerusi portal tersebut hari ini.
BACA: Ada 'agenda besar', Abang Jo jumpa Ahli Parlimen GPS di KL
BACA: Shafie Apdal hadir mesyuarat dengan KM Sarawak di Kuala Lumpur
James berkata demikian sebagai respon kepada pertemuan dua jam berlangsung antara Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ahli Parlimen GPS di Kuala Lumpur pada Ahad.
Selain itu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian turut menyatakan keyakinan bahawa GPS akan terus kekal bebas dan tidak terikat kepada mana-mana gabungan.
BACA: 'Pemimpin negara kena sokong' - Ahli Parlimen Santubong
BACA: GPS, Warisan dan kuasa penentu Kerajaan Persekutuan
Topic Berkaitan
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS kekal bebas
#Ketua Menteri Sarawak
#Malaysia 2020
#Pakatan Nasional
#Parti Rakyat Sarawak
#Tan Sri James Jemut Masing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan