awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPS terus beri tumpuan pastikan Kerajaan Perpaduan stabil - Fadillah

Bernama
Bernama
05/05/2023
16:09 MYT
GPS terus beri tumpuan pastikan Kerajaan Perpaduan stabil - Fadillah
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Kerajaan Perpaduan adalah stabil dan kuat serta ini dibuktikan menerusi sokongan 148 Ahli Parlimen selain Belanjawan 2023 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada April lepas. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu terus memberi tumpuan kepada kestabilan Kerajaan Perpaduan demi membangunkan ekonomi dan rakyat Malaysia seperti yang dititah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Kerajaan Perpaduan adalah stabil dan kuat serta ini dibuktikan menerusi sokongan 148 Ahli Parlimen selain Belanjawan 2023 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada April lepas.
"Bagi GPS, itu (kestabilan kerajaan) fokus kita dan kita tak mahu berpolitik lagi, kerana sekarang ini (adalah) masanya untuk membangun dan memulihkan ekonomi negara demi rakyat," katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2023 anjuran Masjid Bintangor dan Haji Taha (MBHT) di sini malam ini.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#Kerajaan Perpaduan
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan