awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GRS-DAP bincang komitmen kerjasama dalam kerajaan perpaduan

Bernama
Bernama
28/11/2022
13:13 MYT
GRS-DAP bincang komitmen kerjasama dalam kerajaan perpaduan
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengadakan perbincangan menyentuh pelbagai perkara termasuk komitmen kerjasama dalam kerajaan perpaduan. - Foto Facebook/Hajiji Noor
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengadakan perbincangan menyentuh pelbagai perkara termasuk komitmen kerjasama dalam kerajaan perpaduan.
Pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini turut disertai Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang juga Ahli Jawatankuasa DAP, Sabah, Chan Foong Hin.
Jabatan Ketua Menteri Sabah, dalam kenyataan, memaklumkan turut menyertai Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dalam pertemuan itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui.
Semalam, Loke dan Chan turut menyertai rombongan Hajiji mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
GRS terdiri daripada parti Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GRS-DAP
#Kerajaan Perpaduan
#Hajiji Noor
#Anthony Loke Siew Fook
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan