awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi bidas kenyataan 'kalau saya tuhan' Hanipa Maidin

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2018
22:20 MYT
Hadi bidas kenyataan 'kalau saya tuhan' Hanipa Maidin
Abdul Hadi berkata, setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai hikmah tersendiri. - Gambar fail
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin di Dewan Rakyat pada Khamis yang didakwa seolah-olah menganggap dirinya tuhan.
Menurut Abdul Hadi, umat Islam perlu patuh kepada adab dalam Islam dan tidak berhak membayangkan diri sebagai tuhan.
Abdul Hadi berkata, setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai hikmah tersendiri.
“Adab orang Islam tak boleh sentuh hal tuhan. Tuhan jadikan ini dan ini, dan orang yang baik boleh jadi jahat. Orang jahat boleh jadi baik dimana itu dalam ilmu tuhan .
“Kita tak boleh campur tentang ilmu tuhan, kita kena terima. Tuhan adalah adil, adalah bijak, adalah baik. Tidak boleh sentuh hal ciptaan Dia, itu adab orang Islam,” katanya sewaktu ditemui selepas menutup Program Dialog Rakyat Terengganu Sejahtera Selepas PRU-14 di sini pada Jumaat.
Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan Hanipa sewaktu perbahasan di Dewan Rakyat dengan ungkapan “jika saya tuhan, saya akan lakukan... “ sehingga mencetuskan polemik serta kecaman banyak pihak termasuk memintanya bertaubat.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#ahli Parlimen
#Allah
#Dewan Rakyat
#Hanipa Maidin
#Islam
#Parlimen
#PAS
#rakyat
#Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan