awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi tukang karut kumpulan dikir barat 'PASNO' - Mahfuz

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/07/2019
12:02 MYT
Hadi tukang karut kumpulan dikir barat 'PASNO' - Mahfuz
Mahfuz berkata, beliau mendapati Abdul Hadi kini seolah-olah mengambil alih peranan UMNO sebagai tukang karut untuk menakutkan pengundi Melayu. - Gambar fail/BERNAMA
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tukang karut baharu dilahirkan kumpulan dikir barat 'PASNO'.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Abdul Hadi supaya Amanah menggunakan logo DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang memandangkan parti itu menang atas sokongan DAP dan tidak ada kekuatan di kawasan Melayu.
Mahfuz berkata, beliau mendapati Abdul Hadi kini seolah-olah mengambil alih peranan UMNO sebagai tukang karut untuk menakutkan pengundi Melayu.
"Tahniah kepada UMNO yang berjaya latih seorang tukang karut baru, dulu umno sendiri yang mengambil peranan itu, tukang karut untuk menakutkan pengundi-pengundi Melayu dalam Malaysia ini dengan mengaitkan Pas sendiri ada hubungan dengan DAP.
"Jadi hari ni dia jadi tukang karut baru... dulu UMNO tuduh dia, jadi dia lawan UMNO dia kata wajib sokong DAP dan haram sokong UMNO sampai hari kiamat.
"Jadi bila dia berkawan dengan UMNO sampai hari ni, dia jadi tukang karut baru yang berjaya dilahirkan oleh PASNO," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Festival Kerjaya yang dianjurkan oleh EIS PERKESO di Alor Setar, Kedah.
Sebelum ini, Abdul Hadi dikatakan memberi saranan supaya Amanah menggunakan logo DAP dalam PRU akan datang demi menyambung talian hayat parti itu.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#kumpulan dikir barat
#logo DAP
#Mahfuz Omar
#PASNO
#pengundi melayu
#pilihan raya umum
#PRU
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan