awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya mampu lihat 'rumah pusaka terbakar' - Annuar Musa

Sinar Harian
Sinar Harian
09/12/2022
02:00 MYT
Hanya mampu lihat 'rumah pusaka terbakar' - Annuar Musa
ANNUAR: Ya Allah SWT kepada Mu aku berserah dan kepada Mu jua aku meminta pertolongan. Kau selamatkanlah 'rumah' yang sedang terbakar itu... Amin ya Rabb." -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meluahkan isi hati tersirat dipercayai berhubung pemecatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Ketereh dan ahli parti.
Menerusi laman Facebooknya pada pagi Jumaat, Annuar berkata, beliau kini hanya mampu melihat sebuah rumah pusaka yang terbakar.
"Malam Jumaat, saya bermimpi, rumah pusaka saya diami terbakar. Saya syak suis utama sudah litar pintas atau wayarnya terputus," tulisnya.
Menurutnya, ramai penghuni telah melarikan diri meninggalkan rumah yang terbakar atau dibakar.
"Saya sayang rumah itu. Saya cuba memadam kebakaran supaya jangan lebih ramai penghuninya lari.
"Ketika api masih marak dan ramai yang terus lari meninggalkan rumah, tiba tiba saya ditarik keluar dari api yang membakar.
"Kini saya hanya mampu melihat kebakaran dari luar," katanya.
Annuar berkata, meskipun mempunyai rasa sangat sayang terhadap rumah tersebut, beliau hanya mampu berdoa.
"Ya Allah SWT kepada Mu aku berserah dan kepada Mu jua aku meminta pertolongan. Kau selamatkanlah 'rumah' yang sedang terbakar itu... Amin ya Rabb," tulisnya.
Terdahulu, Annuar antara tiga pemimpin parti dilapor dipecat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam Jumaat.
Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik pemimpin parti sehingga beliau digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung BN pada Januari 2021.
Kelantangan Annuar juga dipercayai antara faktor beliau tidak dicalonkan untuk kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#rumah pusaka terbakar
#Ketua UMNO Bahagian Ketereh
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan