awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hishammuddin umum tidak akan bertanding pemilihan UMNO

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2018
04:46 MYT
Hishammuddin umum tidak akan bertanding pemilihan UMNO
HISHAMMUDDIN: Saya tak akan takut atau gentar pada perubahan yang perlu kita lakukan. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien tidak akan bertanding sebarang jawatan di peringkat pusat pada pemilihan UMNO akan datang.
Keputusan itu disuarakan beliau pada sidang media khas di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor.
Hishammuddin berkata, beliau bagaimanapun akan memberi sepenuh komitmen terhadap parti di peringkat negeri.
Katanya, beliau tidak akan lari daripada perjuangan UMNO dan keputusan yang diambil untuk tidak bertanding bukan satu keputusan yang mudah.
"Itu bukan suatu keputusan yang mudah saya lakukan. Saya tak akan lari daripada perjuangan saya, tak akan takut atau gentar pada perubahan yang perlu kita lakukan.
"Saya tak akan keluar dari parti tapi realiti hari ini, berhubung jawatan timbalan presiden itu, saya tidak akan bertanding tetapi komitmen saya terhadap kelangsungan perjuangan parti ini tak ada siapa boleh mempertikaikan," ujar beliau. Hishamuddin memaklumkan perkara itu telah disuarakan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beliau faham serta hormati keputusan tersebut. Walaupun tidak bertanding, Hishamuddin menegaskan karier politiknya tidak akan berakhir. Katanya, jawatan bukan satu perkara penting untuk menyumbang kepada perjuangan dan perkhidmatan kepada parti. Malah dia akan memberi sokongan dan komitmen dengan turun ke Bahagian UMNOselepas raya untuk menerangkan kepada mereka secara terperinci tentang hal itu dan menyokong pencalonan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Naib Presiden.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#jawatan
#Pemilihan UMNO
#politik
#UMNO Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan