awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan baik pemimpin pusat, bahagian pastikan UMNO terus kukuh di Sabah - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
22/06/2024
16:12 MYT
Hubungan baik pemimpin pusat, bahagian pastikan UMNO terus kukuh di Sabah - Ahmad Zahid
Kolaborasi serta hubungan baik antara pemimpin UMNO di peringkat pusat dan bahagian perlu terus dikekalkan bagi memastikan parti itu terus kukuh di Sabah, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - BERNAMA
PAPAR: Kolaborasi serta hubungan baik antara pemimpin UMNO di peringkat pusat dan bahagian perlu terus dikekalkan bagi memastikan parti itu terus kukuh di Sabah, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata tiada mana-mana organisasi, pertubuhan atau parti politik yang mampu bertahan lama sekiranya kolaborasi dan hubungan baik tidak dapat dikekalkan dalam kalangan semua pihak terutama antara pemimpin atasan dan peringkat akar umbi.
"Oleh itu, hubungan pemimpin UMNO di peringkat pusat dan bahagian perlu baik untuk memastikan kejayaan pada pilihan raya akan datang. Kita mahu UMNO sekali lagi menjadi parti yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan Malaysia dan Sabah," katanya di sini malam ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Papar di sini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua UMNO Bahagian Papar Datuk Jamal Nerubi.
Ahmad Zahid berkata pemimpin dalam UMNO datang dan pergi, namun pemimpin yang tinggal perlu menebus maruah UMNO di negeri ini untuk bangkit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang akan datang.
"Banyak prasyarat untuk kita dapat kembali sokongan rakyat. Rakyat menilai apa usaha kita santuni mereka dan rakyat makin matang dan bijak menilai. UMNO perlu kuat semula untuk berjuang demi bumiputera Islam di Sabah.
"Kerajaan MADANI mesti diperkukuhkan. UMNO kena ada kerusi yang lebih banyak untuk jadi tulang belakang Kerajaan Perpaduan. Semangat kita perlu kental dan jangan senipis bawang, kalau kita separuh jalan kekalahan yang akan menanti kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hubungan baik
#pemimpin Pusat
#UMNO
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan