awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Husam dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib Pas

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
13/02/2016
06:27 MYT
Husam dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib Pas
Husam berdepan tindakan disiplin ekoran daripada kelantangannya mengkritik parti Islamik itu. - Gambar fail
Bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib Parti berikutan aduan yang dibuat terhadap dirinya.
Keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Sabtu.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli mesyuarat yang bersidang telah mengambil maklum tentang aduan tatatertib terhadap Husam.
"Mesyuarat berpandangan aduan tersebut mempunyai asas dan boleh dipertimbangkan tindakan tatatertib sebagaimana diperuntukkan perlembagaan Pas," kata Tuan Ibrahim.
Tambah beliau, prosiding berkaitan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tatatertib Parti yang dipengerusikan Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok.
"Mesyuarat juga memohon kerjasama Jawatankuasa Tatatertib supaya kes ini diputuskan dengan kadar segera.
"Ini penting bagi mengelakkan tohmahan berterusan dan menjaga kepentingan parti," kata Tuan Ibrahim ketika sidang media di Pejabat Pas Pusat di sini hari ini.
Husam berdepan tindakan disiplin ekoran daripada kelantangannya mengkritik parti Islamik itu.
Topic Berkaitan
#Bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib Parti
#Mesyuarat Kerja Pas Pusat
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan