awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini kalilah! RUU Anti Lompat Parti akan dibentang dalam sidang DUN Sabah - Hajiji

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
21/05/2023
06:41 MYT
Ini kalilah! RUU Anti Lompat Parti akan dibentang dalam sidang DUN Sabah - Hajiji
Hajiji yakin RUU Anti Lompat Parti yang akan dibentangkan di DUN Sabah akan mendapat sokongan daripada ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH). - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang bermula esok.
Ini sekaligus menangkis dakwaan pihak membangkang yang mengatakan kerajaan negeri sengaja melambat-lambatkan pembentangan RUU berkenaan.
"Dalam sidang DUN kali ini, kita akan menggubal perlembagaan negeri kita untuk kita perkenalkan RUU Anti Lompat Parti pada minggu depan," katanya ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parti Bersatu Sabah di Kota Kinabalu pada Ahad.
Sementara itu, Hajiji dalam satu kenyataan media hari ini berkata, RUU yang melibatkan pindaan perlembagaan negeri seperti anti lompat parti memerlukan kelulusan daripada Yang Dipertua Negeri dan Raja sebelum boleh dibentangkan di DUN.
Jelasnya, RUU itu juga memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di DUN supaya diluluskan.
"Saya yakin RUU itu akan mendapat sokongan daripada ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH).
"Saya juga menggesa agar wakil pembangkang untuk menyokong RUU itu dan memperjuangkan supaya diluluskan di Sabah," tegasnya.
Tambah Hajiji, RUU Anti Lompat Parti merupakan antara empat RUU yang akan dibentangkan pada mesyuarat pertama penggal Ke-4 DUN Ke-16.
Topic Berkaitan
#RUU Antilompat Parti
#Hajiji Noor
#DUN Sabah
#GRS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan