awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jika takut politik pun, sekurang-kurangnya benarkan PSC berfungsi - Kelvin Yii

Astro Awani
Astro Awani
16/03/2021
21:00 MYT
Jika takut politik pun, sekurang-kurangnya benarkan PSC berfungsi - Kelvin Yii
Kelvin Yii gesa kerajaan benarkan PSC terus berfungsi sebagai alternatif kepada penangguhan sidang Parlimen. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii mencadangkan kerajaan membenarkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) untuk terus berfungsi sebagai alternatif kepada penangguhan sidang Parlimen.
Jelasnya, PSC membolehkan wakil rakyat terlibat membincangkan pelbagai isu rakyat selain mendapatkan data-data terkini yang diperlukan.
"Saya sangat kecewa apabila kami tidak dibenarkan berfungsi susulan Ordinan Darurat.
"Bagi saya, jika kerajaan yakin dengan pengurusan COVID-19, maka mereka perlu mengeluarkan data dan berdepan dengan soalan Ahli Parlimen atau dalam PSC.
"Jika mereka takut dengan politik pun, sekurang-kurangnya benarkan PSC untuk berfungsi kerana kami juga mahu berikan pandangan kami.
"Kami mahu tahu data berkenaan. Data yang dikeluarkan terlalu makro dan am," katanya semasa menjadi tetamu di 'Right to Information (RTI) Legislation in Sarawak roadshow' melalui Zoom pada malam Selasa.
Menurut Kelvin, beliau menghadapi kesukaran apabila kerajaan dikatakan hanya memberikan data-data secara makro atau am mengenai isu-isu termasuk COVID-19 di Sarawak.
"Sebagai contoh, mereka (kerajaan) tidak memberikan maklumat yang mendalam mengenai data COVID-19 di Sarawak. Kami mahu tahu maklumat terperinci seperti di kawasan wabak, jadi kami boleh buat keputusan yang berkesan.
"Sekali lagi ia memerlukan data daripada kerajaan, malah bagaimana mereka membuat keputusan mengenai pembukaan semula sekolah, perniagaan.
"Semua ini perlu dilakukan dengan data sains dan bukan dengan kenyataan secara am sahaja," ujarnya.
Katanya lagi, beliau memahami sesetengah data yang tidak dapat dikongsi mungkin disebabkan faktor keselamatan negara.
Namun, tegas beliau, bagi isu-isu atau data yang sensitif kerajaan mungkin boleh membincangkan dengan pihak PSC terlebih dahulu.
"Mungkin untuk maklumat yang sensitif, kerajaan mungkin boleh dedahkan kepada PSC dulu.
"Kita boleh wujudkan satu perjanjian mengatakan sekurang-kurangnya kita boleh putuskan sama ada maklumat ini boleh didedahkan kepada umum atau tidak,"tambahnya.
Topic Berkaitan
#takut politik
#Jawatankuasa Khas Parlimen
#penangguhan sidang Parlimen
#wakil rakyat
#PSC
#Ordinan Darurat
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan