awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan diteruskan, hak negara keutamaan - Iran
Sultan Selangor nasihat bakal jemaah kawal belanja ketika menunaikan haji
10,000 peniaga DBKL terima potongan sewa tapak 50 peratus hingga 2027 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemampuan pembangkang untuk hadir di bawah parti yang sama dipertikai

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2016
15:47 MYT
Kemampuan pembangkang untuk hadir di bawah parti yang sama dipertikai
SALLEH: Setiap parti (dalam pembangkang) mempunyai perjuangan yang berbeza.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata usaha pembangkang untuk bersatu di bawah satu parti gagal dilaksanakan sejak 17 tahun lalu.
Beliau juga percaya parti pembangkang tidak bersatu dan mempersoalkan kemampuan mereka untuk bergabung di bawah satu parti, lambang dan manifesto.
"(Tun Dr) Mahathir (Mohamad) kini bercakap mengenai satu parti, satu simbol dan satu manifesto. Ini yang pembangkang bincangkan sejak 1999. Tetapi selepas 17 tahun, mereka masih gagal melaksanakannya," katanya menerusi tulisan di blognya.
Salleh juga yakin DAP dan PAS tidak akan meninggalkan lambang parti yang diguna pakai sejak sekian lama, selain skeptikal mengenai keupayaan parti-parti pembangkang untuk bergabung memandangkan setiap parti mempunyai agenda berbeza.
"(Parti Pribumi Bersatu Malaysia) PPBM, PKR, DAP dan PAN mempunyai agenda masing-masing. PPBM mahu mengantikan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Tun Razak dan mengantikan beliau dengan proksi (Dr) Mahathir.
"PKR pula mahu membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara dan menjadikan beliau Perdana Menteri. PAN pula ialah parti yang dianggotai bekas anggota PAS yang gagal menjatuhkan (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang.
"DAP pula mahu mewujudkan Malaysia untuk rakyat Malaysia, yang bagi orang Melayu, termasuk dalam pembangkang, tidak boleh terima," katanya.
Beliau juga mempersoal sama ada semua parti berkenaan dapat hadir dengan manifesto bersama memandangkan setiap parti mempunyai perjuangan yang berbeza.
Dr Mahathir sebelum ini mengajak semua anggota Pakatan Harapan untuk bergabung di bawah satu parti dalam pilihan raya akan datang.
Beliau yang juga Pengerusi PPBM bertegas, penyatuan semua parti pembangkang adalah kunci untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
Topic Berkaitan
#berita politik
#BN
#DAP
#pakatan pembangkang
#PAN
#PAS
#PKR
#PPBM
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan