awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen 'Kalih Bagi Sama' tidak salah dalam amalan demokrasi - Mahdzir bidas Sanusi

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
17/06/2023
00:00 MYT
Kempen 'Kalih Bagi Sama' tidak salah dalam amalan demokrasi - Mahdzir bidas Sanusi
Mahdzir Khalid (kiri) menegaskan, kempen 'Kalih Bagi Sama' yang digunakan BN dan PH di Kedah tidak menyalahi sebarang amalan demokrasi seperti didakwa Muhammad Sanusi Md Nor.
ALOR SETAR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, kempen 'Kalih Bagi Sama' yang digunakan BN bersama Pakatan Harapan (PH) di negeri itu tidak menyalahi sebarang amalan demokrasi.
Menurut beliau, kempen berkenaan adalah tawaran buat rakyat atau pengundi di negeri Jelapang Padi untuk memilih pihak yang sehaluan dan sama dengan pentadbiran di peringkat Persekutuan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Jelas bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu, penggunaan kempen 'Kalih Bagi Sama' juga bukanlah satu perkara yang songsang seperti didakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selain merupakan hak masing-masing dalam membuat sebarang tawaran kepada pengundi.
"(Sebenarnya) kalau mencarut, maki orang, fitnah orang, kemudian ikut suka (sahaja) perkataan (apa-apa pun) hendak keluar, mengata dekat orang, saya ingat yang itu lebih dasyhat lagi daripada (apa yang didakwa sebagai) songsang ini,
"Jadi saya ingat dalam (amalan) demokrasi kita offer (satu) tawaran kepada rakyat Kedah kalau hendak sama Kerajaan Negeri (Kedah) dengan Kerajaan Persekutuan, kita 'Kalih Bagi Sama', tidak apa yang songsang tetapi (kalau) dia (Sanusi) kata songsang, saya tidak tahu di mana yang songsang (itu)," kata Mahdzir.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Penyediaan Manifiesto Barisan Nasional Kedah sempena Pilihan Raya Negeri di Pejabat UMNO Kedah, Bangunan Tunku, Alor Setar malam tadi (Jumaat).
Sebelum ini, Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah menyifatkan slogan 'Kalih Bagi Sama' yang menjadi pertaruhan PH dan BN Kedah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai kempen politik songsang.
Bahkan, dakwa beliau, kempen berkenaan tidak menggambarkan demokrasi selain tidak selari dengan Perlembagaan negara.
Pada awal Mei lalu, PH dan BN Kedah melancarkan slogan 'Kalih Bagi Sama' sebagai kempen PRN bertujuan untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan sealiran.
Topic Berkaitan
#Kalih Bagi Sama
#Mahdzir Khalid
#Muhammad Sanusi Md Nor
#kempen BN dan PH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan