awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Kadar zakat fitrah Perlis kekal RM9
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Pengerusi PN Melaka bantah pelantikan calon Ketua Menteri palsu

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
19/11/2021
04:40 MYT
Kenyataan Pengerusi PN Melaka bantah pelantikan calon Ketua Menteri palsu
Mohd Rafiq akan membuat kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan selepas solat Jumaat. - Foto Facebook/Mohd Rafiq Naizamohideen
TELOK MAS: Kenyataan media kononnya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen membantah keputusan pucuk pimpinan menamakan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri disahkan palsu.
Perkara itu disahkan Pegawai Media PN, Zulhilmi Hazwan Saifulizam yang turut memaklumkan Mohd Rafiq akan membuat kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan selepas solat Jumaat di Masjid Al Khairiah, di sini hari ini.
“Untuk makluman rakan media, Datuk Rafiq akan solat jumaat bersama Tan Sri Muhyiddin di Masjid Al Khairiah, Telok Mas tengahari ini.
“Jika ada pertanyaan yang hendak diajukan pada Datuk Rafiq, boleh bertanyakan soalan berkaitan selepas selesai solat Jumaat,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Terdahulu tular kenyataan media oleh pihak tidak bertanggungjawab kononnya Mohd Rafiq mendakwa parti telah membuat kesilapan melantik figuran yang bukan berasal dari kilang Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).
Kenyataan itu turut menyebut Bersatu Melaka menyifatkan pencalonan itu sebagai berat sebelah dan berbentuk peribadi serta disebabkan oleh dendam seseorang.
Semalam, teka-teki siapakah calon bakal Ketua Menteri PN terjawab apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, PN menamakan Mas Ermieyati yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
Muhyiddin berkata, pemilihan Mas Ermieyati itu diputuskan sebulat suara pada mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN.
Topic Berkaitan
#bantah
#berita palsu
#Perikatan Nasional
#Mohd Rafiq Naizamohideen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan