awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan PRK Cameron Highlands tentukan bentuk kerjasama Pas dengan BN

Bernama
Bernama
26/01/2019
07:48 MYT
Keputusan PRK Cameron Highlands tentukan bentuk kerjasama Pas dengan BN
Hadi berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan bentuk kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak. -Gambar fail
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands akan menjadi kayu pengukur bentuk kerjasama yang akan terjalin antara PAS dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRK Semenyih.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan bentuk kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak, namun akan mengkaji keberkesanan kerjasama itu selepas melihat keputusan PRK Cameron Highlands.
"Setakat ini kita berpuas hati dengan kerjasama antara PAS dan BN...ia sangat positif dan yang mana negatif kita tidak akan ulang...sama ada akan teruskan kerjasama dengan BN akan kita lihat menerusi PRK Cameron Highlands nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Seni dan Hiburan Menurut Islam di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, di sini hari ini.
PRK Semenyih akan diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Jan lepas.
PRK Semenyih adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Sebelum ini, Selangor sudah mengadakan tiga PRK iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.
Hubungan PAS dan BN dilihat semakin erat di PRK Cameron Highlands apabila pucuk pimpinan PAS termasuk Abdul Hadi dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut berkempen membantu calon BN, Ramli Mohd Nor berbanding dalam PRK di Sungai Kandis dan Seri Setia sebelum ini hanya tertumpu kepada program bersama sahaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Barisan Nasional
#Cameron Highlands
#PAS
#pilihan raya kecil
#PRK Cameron Highlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan