awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama parti di Sabah perlu untuk kukuh, stabilkan kerajaan - Shafie Apdal

Bernama
Bernama
08/08/2019
21:04 MYT
Kerjasama parti di Sabah perlu untuk kukuh, stabilkan kerajaan - Shafie Apdal
MOHD SHAFIE: Kalau ada kerjasama dan persefahaman maka kerajaan dapat menuntut hak-hak Sabah. -Gambar fail
Kerjasama semua parti kerajaan di Sabah sangat penting untuk memastikan kerajaan terus kukuh dan stabil, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata persefahaman dalam kalangan parti kerajaan perlu dipertingkatkan demi memajukan lagi negeri ini
"Kalau ada kerjasama dan persefahaman maka kerajaan dapat menuntut hak-hak Sabah...apa yang penting dan kita beri keutamaan adalah keperluan rakyat Sabah dan sebagai kerajaan yang stabil kita akan teruskan tuntut hak-hak berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam sempena Majlis Ulang Tahun Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), di sini, Khamis malam.
Turut hadir, Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Presiden Kehormat UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan pengerusi penganjur acara berkenaan Setiausaha Agung UPKO Nelson Angang.
Parti kerajaan yang sama-sama membentuk kerajaan baharu di Sabah selepas pilihan raya umum lepas adalah PKR, DAP, UPKO dan Warisan. Kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah melebarkan sayap di negeri ini sejak April lepas, sekali gus menjadi salah satu parti kerajaan di Sabah.
Sementara, itu beliau berkata banyak cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi untuk memastikan sesebuah parti terus kekal relevan.
"Saya tahu banyak cabaran yang dihadapi UPKO sejak ditubuhkan namun parti ini telah berjaya melahirkan ramai pemimpin sama ada di peringkat negeri dan persekutuan. Contohnya Dompok yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dan menteri di peringkat persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hak-hak Sabah
#kerajaan terus kukuh
#kerjasama
#parti kerajaan di Sabah
#Parti Warisan Sabah
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan