awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taktik penipuan baharu: Tawaran untuk dapatkan kembali wang mangsa scam
Kerajaan imbang persediaan rakyat hadapi kesan konflik global tanpa cetus panik - Saifuddin
Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis ekonomi 1997 ujian untuk nilai siapa layak jadi PM - Presiden Pas

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2019
08:56 MYT
Krisis ekonomi 1997 ujian untuk nilai siapa layak jadi PM - Presiden Pas
Abdul Hadi menegaskan, Pas yang dipimpinnya tetap menjadi pembangkang yang menasihat dan turut memberi perhatian kepada calon bakal Perdana Menteri. - Gambar fail
Pengalaman Malaysia menangani krisis kewangan 1997 adalah ujian untuk menilai siapa yang berani mempertahankan maruah negara dan umat berbanding mereka yang mudah menyerah kalah kepada pihak luar, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Abdul Hadi, kejayaan Tun Dr Mahathir Mohamad menyelesaikan krisis tersebut dengan menggunakan sumber dalam negara dan kekuatan kepakaran sendiri sesuatu yang perlu dibanggakan.
Katanya, Dr Mahathir yang menerajui negara memilih untuk tidak bergantung kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mengundang penjajahan ekonomi, belenggu hutang dan segala akibat yang boleh mengundang campur tangan asing dalam negara.
Ahli Parlimen Marang itu menegaskan parti yang dipimpinnya tetap menjadi pembangkang yang menasihat dan turut memberi perhatian kepada calon bakal Perdana Menteri.
"Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman memerintah, pastinya sangat mengenali calon yang layak di kalangan muridnya yang telah dilatih.
"Maka hendaklah dipilih yang berjaya dalam ujian. Jangan memilih calon yang gagal, membawa ijazah palsu atau suka meniru untuk mendapatkan jawapan.
"Peristiwa krisis ekonomi tersebut menjadi salah satu ujian peperiksaan mempertahankan maruah negara dan umat.
"Oleh itu, PM (Perdan Menteri) sudah kenal siapa yang hendak dipilih terutamanya beliau adalah Melayu yang tidak lupa," katanya dalam satu kenyataan media pada Jummat.
Abdul Hadi turut mengaitkan kisah menyerahkan maruah dan kemerdekaan negara kepada pihak luar dengan kisah penglipulara tentang seekor anjing hutan yang keluar mencari makan lalu tersesat dalam kawasan perumahan.
Anjing hutan itu, kata Hadi, terserempak seekor anjing peliharaan yang gemuk dan sihat tetapi leher dirantai oleh tuannya.
Biarpun digoda agar tinggal bersama kerana senang mendapat makanan tetapi anjing hutan itu memilih untuk terus kekal bebas berbanding hidup dibelenggu.
"Begitulah mahalnya erti kemerdekaan dan maruah, bukannya menjadi barua kepada sesiapa sahaja. Mempertahankan maruah sangat besar maknanya," katanya lagi.
Ketika krisis ekonomi yang melanda negara pada 1997, Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri keempat ketika itu memilih untuk tidak bergantung kepada IMF.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Anwar Ibrahim
#Dr Mahathir Mohamad
#ekonomi
#IMF
#krisis kewangan
#Tabung Kewangan Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan