awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Lim Kit Siang dah pandai jawab, macam BN dulu'

Arfa Yunus, Isabelle Leong
Arfa Yunus, Isabelle Leong
15/01/2019
23:30 MYT
'Lim Kit Siang dah pandai jawab, macam BN dulu'
Lim Kit Siang mempertahankan Pakatan Harapan berkenaan dakwaan rasuah semasa kempen PRK Cameron Highlands. - Gambar fail
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menyindir penasihat DAP Lim Kit Siang, menyifatkan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sebagai "sudah pandai menjadi kerajaan".
Ini susulan kenyataan Lim baru-baru ini yang mempertahankan Pakatan Harapan (PH) berkenaan dakwaan rasuah semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
"Ya, saya syukur Lim Kit Siang dah mula pandai jadi kerajaan dan memberi alasan sama seperti Barisan Nasional beri alasan dahulu (sewaktu menjadi kerajaan)," katanya kepada media di sini pada Selasa.
Baru-baru ini, tular gambar seorang wanita memakai baju PH yang dilihat memberi wang kepada beberapa pemuda di sini.
BACA: Wang itu untuk bayar balik kos petrol - PH
Susulan itu, beberapa pihak telah membuat laporan polis dan mendakwa PH terlibat dengan politik wang dan merasuah pengundi Cameron Highlands.
Namun, Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai PH, Arvind Bharet dalam kenyataan menjelaskan, wang itu adalah bayaran untuk kos minyak petrol sukarelawan PH.
Wanita tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Bilik Gerakan agensi itu pada Selasa.
Menurut sumber, sesi memberi keterangan itu berlanjutan hampir tiga jam dari pukul 7 petang sehingga 9.50 malam tadi.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#kos minyak
#Lim Kit Siang
#pilihan raya kecil
#politik wang
#PRK Cameron Highlands
#Rasuah
#sukarelawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan